Monday 29 October 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Sekian lama aku meratapi kepergian kau dari Dunia sementara ini
Akhirnya aku berjaya tahan hati

Sewaktu ziarah pusara kau baru-baru ini
Aku sudah tidak menangis lagi

Cuma masih terdengar esakan pilu dari Cucu kau yang masih belum dapat menerima rialiti
Aku percaya suatu hari nanti dia juga akan dapat mengawal emosi

AYAH

Aku di sini masih belajar lagi
Belum ada pencapaian yang di junjung manusia zaman kini

Aku masih kosong seperti yang kau lihat sebelum pergi
Aku hanya mampu mematikan diri serta membuta tuli

AYAH

Kata mereka aku yang paling ketara mirip nya seperti kau sewaktu beraksi juga ketika bertoleransi
Gerak geri aku di perhati

Raut wajah aku juga seakan kau yang bengis berisi
Bila aku lihat cermin aku terpaksa mengakui

Tidak mudah menggalas tanggungjawab ini
Jadi pengubat pada yang merindui 

AYAH

1 Tahun yang telah pergi
Waktu begini kami gempar dengan kekalutan situasi

Yang jauh datang merapatkan diri
Tidak lekang berdoa mohon pada Ilahi

Segala usaha telah di cuba untuk bangkitkan kau kembali
Tapi ianya gagal kerana Tuhan mahu kau berada di sisi

Kami redha sejujur hati melepaskan kau sehingga melukut meruntum ke Bumi
Aku tanam harapan setinggi langit di bawah tanah sedalam 7 kaki 

AYAH

Hari ini hari memperingati
Hari kau tinggalkan kami

Aku harap kau sudah bertemu dengan Kekasih-kekasih yang telah mendahului 
Juga yang sudah menyusul kau tempoh hari

Aku berdoa agar kau di limpahi kesejahteraan di sana bersama orang-orang yang Allah cintai
Jangan risau kan air mata mereka yang tumpah membasahi pipi

AL-FATIHAH 

Buat Arwah-arwah yang sudah bertemu Allah

1 comment: