Tuesday 21 May 2013

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Mulai detik ini aku harus mengorak langkah yang baru
Ini ialah impian aku sejak dulu

Perlu cari sesuatu yang lebih bermutu
Supaya hidup tak sentiasa dicemuh oleh orang yang hanya ingin mengagungkan kejatuhan aku

Aku disini sentiasa berdoa agar perjalanan kalian juga gempak dan maju
Walaupun hubungan kita tidak serapat seperti selalu
Tetaplah berprasangka baik kerana yang terjadi bukan susun atur atas kehendak kau mahupun aku

Jangan tunduk pada hawa nafsu
Semoga suatu hari nanti kejayaan yang dikecapi dapat membantu

- XOXO - 

Aku rindu
Tapi siapalah aku untuk mengungkap itu

Monday 14 January 2013

 Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Aku ada sebuah cerita
Niat aku bukan nak aibkan siapa-siapa

Dahulu ada sepasang Sahabat yang kerap bertemu
Tak kiralah ada ataupun tidak wang disaku

Jalan kaki pun sanggup berbatu
Asalkan dapat luangkan masa bentang auta satu persatu

Tapi tak berkekalan semua itu
Allah mahu salah seorang daripada mereka pulangkan pinjaman Roh dan tinggalkan jasad kaku

Sinopsis aku

Sahabatnya yang masih menghela nafas tidak datang memberi penghormatan terakhir
Barangkali tak sanggup menghadiahkan air mata yang tak berhenti mengalir
TAPI
Sehingga hari ini dia tidak pernah Ziarah Arwah ditempatnya yang terzahir

Persoalan aku

Dimanakah nilai Kasih Sayang?
Bukan sahaja perlu mengenang

Bukan sahaja perlu mengusung rindu
Tapi Al-Fatihah kau terlalu perlu

Monday 29 October 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Sekian lama aku meratapi kepergian kau dari Dunia sementara ini
Akhirnya aku berjaya tahan hati

Sewaktu ziarah pusara kau baru-baru ini
Aku sudah tidak menangis lagi

Cuma masih terdengar esakan pilu dari Cucu kau yang masih belum dapat menerima rialiti
Aku percaya suatu hari nanti dia juga akan dapat mengawal emosi

AYAH

Aku di sini masih belajar lagi
Belum ada pencapaian yang di junjung manusia zaman kini

Aku masih kosong seperti yang kau lihat sebelum pergi
Aku hanya mampu mematikan diri serta membuta tuli

AYAH

Kata mereka aku yang paling ketara mirip nya seperti kau sewaktu beraksi juga ketika bertoleransi
Gerak geri aku di perhati

Raut wajah aku juga seakan kau yang bengis berisi
Bila aku lihat cermin aku terpaksa mengakui

Tidak mudah menggalas tanggungjawab ini
Jadi pengubat pada yang merindui 

AYAH

1 Tahun yang telah pergi
Waktu begini kami gempar dengan kekalutan situasi

Yang jauh datang merapatkan diri
Tidak lekang berdoa mohon pada Ilahi

Segala usaha telah di cuba untuk bangkitkan kau kembali
Tapi ianya gagal kerana Tuhan mahu kau berada di sisi

Kami redha sejujur hati melepaskan kau sehingga melukut meruntum ke Bumi
Aku tanam harapan setinggi langit di bawah tanah sedalam 7 kaki 

AYAH

Hari ini hari memperingati
Hari kau tinggalkan kami

Aku harap kau sudah bertemu dengan Kekasih-kekasih yang telah mendahului 
Juga yang sudah menyusul kau tempoh hari

Aku berdoa agar kau di limpahi kesejahteraan di sana bersama orang-orang yang Allah cintai
Jangan risau kan air mata mereka yang tumpah membasahi pipi

AL-FATIHAH 

Buat Arwah-arwah yang sudah bertemu Allah

Sunday 12 August 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Keluar rumah jalan melenggang lenggang
Balik bawa barang sekendang 

Terasa bangang
Bila membeli belah sorang-sorang

Begini lah hidup membujang
Tunggu Pemilik Tulang Rusuk hantar rombongan meminang
Tapi tak juga datang-datang

Mata belum lagi bertentang
Mungkin lambat lagi nak bergelar Isteri Orang

Friday 10 August 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Tiap-tiap hari Jumaat aku suka makan cendol sorang-sorang
Sebab pada ketika itu semua orang pergi sembahyang 

Aku suka makan lemang sebab kerana lemanglah aku kantoi Puasa Tahun lepas

Aku suka keluar Membeli Belah hanya untuk membeli chokie-chokie 

Aku suka main pengsan-pengsan dengan semut 
Sebab semut tak pandai hubungi 999 mahupun van jenazah

Aku suka borak-borak dengan tumbuh tumbuhan
Sebab pokok adalah pendengar yang setia
Tak pernah membantah mahupun marah walaupun aku tersiat daun ditubuh nya

Aku benci lipas kerana lipas lari laju
Sebab itu aku tak sempat pukul beliau dan aku rasa malu ditewaskan oleh mahkluk itu

KAU NAMPAK TAK BETAPA BOSAN NYA AKU? 

Monday 16 July 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Mereka kelihatan begitu terdesak untuk meraih cinta
Memperuntuk kan segala hanya kerana ingin berdua

Haruskah kau buru air mata
Haruskah kau ukir sendu nestapa

Sedangkan kasih yang kau pinta tapi luka yang terpalit ke jiwa
Semua ini akan melumpuhkan semangat yang sukar dipulihkan semula

Namun disaat kau kehilangan dia
Naik mahupun turun Kawan kekal ada

Sentiasa bermastautin menjadi kau punya
Sentiasa terpaku menunggu walau pernah kau ludahkan nya merata

Seharusnya yang suit itu adalah kenangan kita
Serimbun waktu untuk Sahabat yang mungkin akan terhakis kerana kejamnya peristiwa

Akan aku tanam sedalamnya agar tiada siapa boleh mengambil aku punya harta
Akan aku semadikan tanpa mempersoalkan apa-apa 

Terima Kasih untuk kerahan tenaga
Tubuh layu namun tetap kemudi jua

Kerja gila meratah usia sememangnya sukar dipercaya
Kekentalan kita melebih berkobarnya semangat anak Teruna 

Ini sangat hebat Kawan
Ingin aku ulangi tapi kita tidak mungkin berkesempatan

Andai tiba lagi saat kurang kewarasan
Aku harap kau dapat seimbangkan

Aku tak dapat lagi menjadi peneman angkutan
Aku hanya dapat menghidu perkhabaran dari yang dibualkan

Dan bak kata Yuna Zarai setiap gambar ada cerita
Dengan pantas aku menyokong kenyataan nya

Koleksi meredah Bumi tercinta akan dipamir di Muzium yang berpenjaga 
Kalian tidak perlu risau akan proses pengawalan nya 

Apa-apa pun SALAM RAMADHAN semua
 Berpuasa lah sebelum tubuh terpaksa bersukat dari meratah nikmat-Nya :) 

 PTDH = Penghuni Tetap Dalam Hati

Saturday 7 July 2012

 Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Aku tahu janggal pada kau melihat aku tidak banyak bicara
Namun lebih pelik pada aku bila melihat air mata kau tumpah tanpa semena

Kau jangan risau tentang aku dengan langkah seterusnya
Aku disini cuma perlu bersendirian seketika untuk mencuci karatnya hati yang dikaburi oleh dosa

Kadangkala bila aku sering menyata penipuan kecil untuk kebebasan sementara
Aku tidak berpuas hati dengan apa yang diperkata kerana aku tipu pada nyawa

Jadi izinkan aku menangis dengan penuh menyesalan dipenghujungnya

Wednesday 27 June 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Sudah sepurnama aku tidak mempamirkan diri di ruangan luahan hati ini
Terlalu banyak spekulasi menghantui

Aku cuba olah cerita realiti agar menjadi teori basi
Namun ianya masih tetap segar sensasi

Makin aku diam kan diri
Makin raga aku merintis menggeletek bagai berdentum langit memberi amaran pada Bumi

Gelisah menghantui bertubi tubi
Sehingga waktu beradu aku di curi



Tuhan

Sedang apakah cubaan ini
Jasad aku kelihatan tenang tapi Roh aku bergoncang bagai nadi sedang berlari



Tuhan

Izin kan aku menikmati kasih sayang yang mekar ini
Beri kan aku ketenangan agar dapat aku lega kan kehausan sendi



Tuhan

Akan aku usaha kan segala urusan yang telah aku hajati
Andai kan-Kau melunturkan hitam dan menggantikan nya dengan yang lebih suci

Monday 9 April 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Disini aku ingin lafaz sejujur hati
Aku disini hari-hari sendiri
Umpama seorang janda yang ditinggalkan tanpa zuriat dan harta dari bekas suami

Apa yang terpampang kali ini tiada unsur jenayah mahupun kata meninggi diri
Hanya meminta secebis simpati dari kau yang berhati murni

Andaikan segelung rindu ini bisa kau ragut tanpa simpati
Maka ambil lah dan bawa ianya pergi

Aku disini sudah rebah menyembah bumi
Tiada daya untuk aku merangkak apatahlagi berdiri

Perlahan lahan organ dalaman aku ini mati
Oksigen sudah tidak mahu menembusi

Barangkali ini hukuman dari Ilahi
Di atas silapnya mengatur kehidupan sendiri

Thursday 15 March 2012

Hello and Assalammualaikum my dear friends :)

Peristiwa dahulu akan kekal bermastautin dalam ingatan
Berbeza dengan sesaat dihadapan
Apa yang bakal tiba masih lagi dalam keraguan
Dan aku ingin memohon pada Tuhan
Agar kau yang tersakiti dikurangkan bebanan

Tabah lah kawan
Insyallah penderitaan kau tidak berpanjangan

Aku tidak mampu kurangkan kesakitan ditubuh badan
Andai ada kuasa berlebihan
Sudah pasti aku alihkan sedikit agar kita sama-sama rasa hebat nya Anugerah Tuhan

Kau rehatkan lah badan
Usah fikirkan masalah yang diluar jangkaan
Biar waktu selesaikan keserabutan
Lama-lama bersurai kekusutan
Itu kan hampir menjadi rutin harian
Dalam perhubungan pasti ada perbalahan
Percanggahan itu barangkali mampu memperlihatkan keperihatinan rakan-rakan
Walaupun sekarang itu semua masih tersorok dari kaburnya penglihatan

Jika kau kerinduan
Imbas peristiwa yang membangkitkan senyuman
Berserah lah dan sandarkan pada kenangan

Aku hanya ada satu pesanan
Nanti kalau sudah pulih seluruh permukaan
Berhenti lah ambil barang yang tidak diperlukan oleh badan
Jaga diri baik-baik supaya berkesempatan untuk balas budi Bonda yang melahirkan



Kami perlukan seorang BADUT sebagai peneman
Bangkit lah kawan
Ceria kan kelamnya keadaan